Saturday, January 15, 2011

Pelakon pujaanku....



Rosyam Nor satu name cukup gah di persada seni lakonan..klu la aku dpt jumpa dia, dah tentu aku excited nk bergambar & mintak autograp skali..w'pun dia dh berumur, tp tetap macho pd mata aku la..hik3x..amboi gatainye mama ni ( kata En.Husband)...sambil menjeling2, hehehe..cemburu la tu..xpe cemburu tandanye sayang..abah tetap di hati mama tau...


Okeh sebenarnya aku suka sgt dgn lakonan Rosyam ni x kira la dia berlakon cite ape pun, lebih2 lg product by Suhan Movies..(company dia la tu ) sume la aku suka..pd aku dia betul2 menjiwai watak tu..Tak kisah la ape orang nk kata pun aku tetap menyokong Rosyam dari belakang jer..tak boleh la nak sokong dari bahagian hadapan siapa la aku ni sekadar peminat..


Masa drama "Gelora Di Hati Sara" aku sanggup tunggu pukul 7.30mlm depan tv tak mo bangun2 walaupun start nye pukul 10.00 mlm..ish3x, teruknye kannn...nasib baek citer citer tu dah tamat fanatik tul aku ni kalau dia yg berlakon..Drama Rosyam yg tengah meletop sekarang ni "Trilogi Cinta "  ditayangkan sebanyak  40 episod setiap Ahad hingga Selasa pukul 10.00 - 11.00 malam di saluran TV1. Memang drama ni best sgt..adapatasi dari sebuah novel karya Sharifah Abu Salem..Trilogi Cinta mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh. Hah mari kite saksinye ape kesudahan drama ni okeh..Tp kalau eja (Siti Shahrizah ) yg melakonkan watak Norjinah tu lagi aku suka sgt !!

Drama ni pun turut dibintangi pelakon Raissudin Hamzah, Aida Khalida & Siti Fazurina


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami dah kawin...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1st Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

2nd Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers